Friday, 8 March 2013

em.. semejak dua mejak ni, aku rajin benar membaca pasal isu Lahad Datu. Hishk, pening betullah. dalam nak faham semua benda tu, aku menjegahlah beberapa blog kaum tausug ni.. hemm... terasa pelik pula dengan pendirian mereka. kaum suluk yang datang dari kepuluan sulu, aku tak kisahlah macam mana pendirian ataupun pendapat mereka. tapi yang aku kesal mengenai warganegara Malaysia. yang mak bapak dia pun dilahirkan di bumi Malaysia. kenapa boleh memberi pendapat sebegitu.

aku bukan nak menunding jari pada sesiapa. siapalah aku nak pepandai cakap korang salah , aku betul.... tak, tak ada niatpun.. dan tak terlintas sedikitpun aku nak sekolahkan korang. macam mana nak cakap yer.. ginilah... seumpama segelas air kosong, dimasukkan 5 sudu garam ke dalam gelas tersebut. cuba rasa... masin kan??? then tambah lagi air. dan rasa lagi... ade lagi rasa air garam tukan... so, tambahlah sampai berpuluh-puluh kalipun. apa yang aku nak jelaskan di sini, memang, gelas itu masih lagi gelas yang sama. gelas yang mengandungi air garam tadi. maksudnya, acuan tetap acuan air garam. tapi, rasa garam tu makin hilang kan?? lama-lama, jadi air kosong biasa sahaja. tetapi, pada pandangan mata, gelas itu, tetap gelas yang dimasukkan garam tadi.

begitu juga bagi kaum-kaum di malaysia ni. memang, kita patut tahu, asal usul kita. tapi tak bermakna kita kena ikut apa yang orang lama buat. pada. tak semestinya yang dibuat semuanya betul. kita hidup ikut peredaran zaman. namun, bukan meninggalkan asal usul kita terus.

macam PS sendiri, aku ni ada darah campuran melayu dan siam. tak bermakna, aku kena ikut bagaimana kehidupan orang siam buat. kita dah bercampur. lagipun, kita memang digalakkan berbuat baik sesama manusia. budi orang perlu dikenang. jangan jadi kacang lupakan kulit. tapi, bukankah lupa asal usul pun macam kacang lupakan kulit??? salah tu, kita bukan lupakan asal usul kita. cuma kita perlu bersyukur atas apa yang ada sekarang. kenapa nak cari susah bila hidup dah senang.

macam PS sendiri, tak adalah PD nak ikut macam perjuangan tentera siam dulu. tapi, mereka tetap kita kenang sebagai sejarah. kata orang, sejarah yang membangkitkan kita dan menjadikan kita insan lebih baik. dalam Islam sendiri, kita semua keturunan Adam dan Hawa. dan sebelum kedatangan Islam, manusia hidup dalam kejahilan.  habis tu, kalau nak ikut akar umi, tak kan kita nak ikut jadi jahil juga. pepatah melayu mengatakan, yang Adat dikendong, Budaya Disanjung, Agama Dijunjung . Nama lagi Islamkan.. dah lah "orang-orang" luar sibuk nak panggil orang Islam ni pengganas, korang gi tunjuk wat ape.

mungkin korang ckp, PS cakap senanglah sebab PS x hidup dalam rumpun budaya sendiri. jangan cakap macam tu. kita sebagai manusia ni, nak seribu daya. tak nak seribu dalih. jangan beralasan tentang benda-benda yang macam ni. PS bangga jadi rakyat Malaysia. dan PS juga bangsa berketurunan siam. tu tak bermakna, PS nak siam tawan kampung halaman PS... no..no.. jgn cari pasal. aku karate baru tahu.

bukan PS suka akan pencerobohan di Lahat Datu tu. PS sedih apa. tengok, berapa orang isteri menjadi balu. dan berapa orang anak x sempat mengenal bapa. so, renung-renungkanlah. ni bukan masa kita nak tuding jari saiapa yang salah, siapa punya angkara dan sebagainya tu. apa kata kita tutp buku kejap. kita bersatu atas nama Islam dan Malaysia. memang PS tak ada kuasa veto nak seru kalian. lainlah PS jadi PM. tapi, kita kena membantu PM, PDRM dan ATM. bagi sokongan moral kepada mereka. hal-hal lain, kita tolak tepi dulu. kesianlah kat Malaysia kita ini. PS takut, akan ada orang yang ambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku. jangan salahkan pasukan keselamatan jika perairan kita bolos masa mula² orang Sulu datang. pasukan keselamatan kita bukannya radar 24 jam, boleh kesan tu semua. merekapun macam kita juga. manusia biasa. yang ada keluarga, yang tahu penat lelah bekerja. tengok mereka sekarang, sedang bertungkus lumus. nyawa mereka di hujung tanduk. tapi mereka rela. kalau korang di tempat mereka, korang sanggup tak???kalau tanya PS, tak tentu PS sanggup. mesti PS akan fikir banyak kali. 

jadi please... jgn lagi sebarkan fakta yang ntah apa-apa. tolonglah bersatu. kalau tak nak selama-lamanya pun, silalah bersatu untuk masa "perang kecil" ni. jagalah hati-hati keluarga perwira kita. 

salam  

Wednesday, 6 March 2013

Suami Idaman PS



sajer PS nak buat gimik.. hehehhe... oklah lets talk about my future husband. eh, jangan salah faham. bukan aku nak kawen pun.. cuma nak share lelaki idaman aku. sebenarnya, tak ada yang pelikpun. macam orang lain jugak. nak yang beriman, bertanggungjawab dan semestinya pengikut-Nya yang taat. barulah bimbing PS yang "giler-giler" ni ke jalan yang benar dan lurus. tak gitu. tu memang peranan  ketua keluarga kan... dan ... ada ciri-ciri sampingan. iaitu, PS x boleh tengok dengan guys yang main giter.. ya ampun. rasa nak duduk jer depan dia sambil tongkat dagu.. dan tak nak berkelip-kelip. lemah iman den tgk orang main giter...

Sunday, 3 March 2013

Perwira-perwira negara

aku rasa sangat sedih bila terkenangkan nasib perwira-perwira negara yang sedang berjuang sama ada di perbatasan negara mahupun di dalam negara. Sekarang ni di Sempona dan Lahad Datu... risau juga pada sahabat handai yang ada di Sabah. Moga selamat semuanya. Thanks pada wira-wira negara. Tanpa kalian yang sanggup berjuang walaupun dengan berat hati meninggalkan keluarga, namun jasa kalian tetap dikenang...

tak payahlah kita sbg org awam masukkan bab-bab politik buat masa ni... please... risau pada negara lebih penting ... chill up

sandwich akan sedap jika....

pict from google


aku ni nak kata pandai masak... memang tidaklah.. tapi kalo buat sandwich, memang akan ada yang puji... mereka kaa sedap... smlm, aku buat sandwich atas permintaan one of my friend untuk our picnic. tapi, yang harunya, dia mintak sandwich tu just taruk sardine dan bawang sahaja sebab ada kids. takut tak boleh makan. so, aku buatlah sandwich tu. tapi dalam hati, em.. mesti tak sedap... sebab aku memang tak pernah lagi buat sandwich tanpa taruk cili padi...

dah ternyata, hasilnya memang mendukacitakan. tapi, diarang makan okey jer... aku pula yang rasa x boleh makan... kenapa???sebab x ada langsung cili pada. walaupun x ada rasa hanyir sardine tu, tapi tetap x sedap.. nak kena ada juga aura si cili padi tu.. huhuh.. mood: sedih, sebab takut diarang ckp nak ambil hati aku jer...

Thursday, 28 February 2013

Lagu yang mengusik jiwa

tadikan PS ade dengar sebuah lagu lama. Nyanyian Spring - Butakah Cinta. PS sukalah lagu tu.. jom layan...
Spring

Butakah Cinta

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia...( 2X )

Tuesday, 26 February 2013

I'm so frusted

you all pernah rasa tak perasaan ini. bila one of ur friend dapat sesuatu yang memang u all dah lama impikan??? then dia pula boleh pula cakap, tu lah kau.. aku tunggu kau lambat sangat. EE.. geramnyer PS.. bukan PS tak usaha nak dapatkan benda tu, PS dah usaha, cuma memang bukan rezeki PS lagi.. eee... berlagak betollah minah ni...


Wednesday, 20 February 2013

So jealousy


Pernah tak korang rasa  cemburu pada sesuatu yang orang lain ada padahal korang pun ada jugak benda tu??contoh, seorang gadis cemburu tengok pak we orang lain pada hal, dia pun ada pak we. Pak we dia pun baik, dah kerja... tapi still nak jealous dengan orang tu...

PS tak sukalah dengan orang cam gitu... ko ada tu, sila jaga baik-baiklah.. jgn nak ada niat nak macam orang tu pulak... sebab nasib masing2 lah tu.. mood: bengang

Tuesday, 19 February 2013

Hormon dia yang tak betul ker Hormon aku yang kacau

PS memang tak suka betul pada sorang mamat ni. tak tahulah kena dia suka menyusahkan orang.. cuba jangan kacau hidup orang... eee.. seriously, PS memang tak boleh tengok dia.. kadang kala PS terfikir, ni hormon dia yang tak betul ke, hormon PS yang kacau.. eeeh.....

Wednesday, 13 February 2013

Sehangat asmara


Siapa tengok Sehangat Asmara... yeyye.. PS tak tengok sangat pun.. hahhaha.. tgk gitu-gitu jer.. tapi sweet sgt kan citer ni... tapi sayangnya, hero dia bukan my favorite hero.. tu yang tak tengok sangat tu.....

Saturday, 2 February 2013

Suka ker Cinta

Pernah tak, kalo korang nampak lelaki / perempuan ni, korang rasa teruja. then korang rasa bestnya kalau dia take attention pada korang??? korang rasa suka kat dia, nak kenal lebih mendalam pada dia. tapi korang tak ada rasa yang luar biasa yang lain, macam nak kenal mak bapak dia ke.

korang ada rasa malu pada dia. tapi korang suka kalau dia puji korang. itu tandanya suka ker cinta ek??/
sebab, ini pendapat PSlah yer, kalau suka tu tak semestinya cinta. macam PS, Ps suka pada that guys tu, tapi PS confirm 100%, 360' yang PS tak cinta pada dia. memanglah i feel jealous bila dia keluar dengan mak we dia. tapi i'm not fall in love with him. 

and i'm surely , PS ni belum jumpa lagi lelaki yang boleh buat PS tak keruan. bilakah saatnya tu kann???

Monday, 28 January 2013

#1

rasanya cukuplah entry pengenalan Puteri Siam(PS). tu pun dah berkurun barulah nak settle. ni dah berabuk sikit dah. itulah masalah terbesar PS, hangat-hangat taik ayam. macam mana nak jadi blogger berjaya kalau nak update blog pun malas. PS bukan apa, tak ada lah busy sangat, tapi malas. terfikir jugak, macam manalah diarang ni boleh ada idea yang super duper best hingga tarik orang ramai datang menyinggah ni. Apa lagi.... usaha tangga kejayaan la... PS pula.. malas.. no idea... then tak tahu buat apa

Friday, 25 January 2013

Kesukaan aku



Cakap pasal semua benda yang aku suka....

warna... aku suka warna putih??kenapa puti???kata orang, orang pemalas macam aku tak sesuai suka warna putih... lah.. suka hati mak nenek aku lah nak suka kaler aper... aku suker kaler putih sebab senang nak match dengan apa-apa.. contoh, pakaian... kalo pakai seluar putih, baju dah boleh ikut sukar kaler aper... x gitu... sama jugak perabut.. bila putih, senang nak masuk dengan apa-apa perhiasan sekali pun
 
Makanan... aku suka makanan yang pedas-pedas. terutamanya tomyam... mak ai, kalo dapat yang sedap giler campur yang pedas berperisa.. cukup heaven .. tapi tulah... masak tak pandai.. nak harap makan kat kedai jer.. x semestinya kedai tu selalu sodap... nak0nak bila diarang dah tukar tukang masak...

Air .... aku suka semua air yang ada kaitan dengan teh.contoh teh o ais, teh o laici, teh bunga.... teh hijau... x tahu kenapa ... bila minum teh... rasa lapang jer jiwa.... sila jawab kalau korang tahu kenapa...

Novel... aku suka baca novel... tak kisah lah , lama ker baru ker... dan suka terjah mana-mana blog yang suka review pasal novel... kalo aku rasa best, terus beli.. dan bercita-cita nak nak tulis novel jugak.. tapi risau pula x ada orang yang nak beli novel aku....

Monday, 21 January 2013

Rama-Rama dan Pelita




kenapa rama-rama? sebab memang dah dalam template ni ada rama-rama... hahhaha.. just kidding ... tapi ada maknanya.. sure korang tertanya-tanya, aperlah minah ni duk bebel ni.. Puteri Siam masih mahu describe my self pada bakal-bakal pengunjung blog ni.. hahha.. bajet blog ni jadi hot macam Nora Danish ke??? tak ada lah.. sebab Puteri Siam takut lari tema sebenarnya....

tak.. hahhaha.. sebenarnya rama-rama tu lambang kebebesan.. wanna be free.. itulah harapannya... tapi free daripada apa tu??? dari banyak perkara. yang tu Puteri Siam tak nak share... cukuplah lambang kebebasan tu... 

Pelita... mahu menerangi hidup orang lain. Dengan erti kata lain.. mahu orang lain senang dengan bantuan Puteri Siam walaupun effect of help x adalah kuat sgt...

Tuesday, 15 January 2013

Saya Memang Kasar

Ikhlas. Aku memang kasar. Perwatakan aku tak kasar, tapi aku memang kasar.. hahaha.. pelik bin ajaib. Macam mana nak cakap yer…??? Macam ni… 1st impression orang tengok atau kenal aku, dia akan ingat aku ni lemah lembut gitu. Tu sebelum aku buka mulutlah.. Bila dah kenal, baru korang akan tahu siapa aku. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Macam tu juga aku.

Dari segi bahasa, aku memang kasar. Nak-nak dengan orang yang rapat dengan aku. Mereka faham aku suka bergurau dengan menggunakan bahasa yang kasar. Macam orang Melaka. Mereka bercakap macam lahabau tu macam biasa jer… macam aku jugak… menatang ni… ha.. gitu.. tapi, dengan orang yang rapatlah.. ngan orang tak kenal, tak adalah buat mcm tu.. nanti orang kata kurang hajar pula.

Tingkah laku aku juga kasar. Aku pun pelik. Kenapa lah aku brutal sgt. Sehingga ada one of my friends pernah tanya aku, kau ni adik beradik yang lain semua lelaki ke? Kasar sangat tingkah laku.. sangat ke? Aku suka cakap kuat-kuat, gelak kuat-kuat… biasalahkan.. orang gemuk memang macam tu.. kalo tak, macam pelik pulakan, badan besar, suara kecikkkk jer… tak ker pelik…

Satu lagi kelemahan aku adalah tak reti nak aplikasikan intonasi suara dalam setiap ayat yang aku buat.. hahahha… ni yang sadis sikit ni, sebab, nantikan orang cakap aku marah. Padahal aku tak marah pun. Cuma aku salah guna intonasi suara. Macam mana tu.. Hisk.. I need more friend lah rasanya,

Aku bukan tak ramai kawan, Cuma aku sensitive sikit bab kawan-kawan ni.. aku boleh berkawan dengan  ramai orang tapi aku tak boleh berkawan rapat. Maksudnya macam ni. Aku tak boleh ada bestfriend. Kawan baik boleh.. sebab?? Aku akan jealous dan amat takut sekiranya bestfriend aku tu akan tinggalkan aku atau berkawan dengan orang lain. Contohnyakan, kawan aku tu keluar dengan kawan dia yang lain, then ketepikan aku.. aku tak suka macam tu.. dia buat aktiviti lain, sedangkan dia tak ajak aku sekali. Walaupun benda yang dia buat tu dalam kumpulan yang ramai, tapi dia perlu ajak aku. Sebab aku kan bestfriend dia.. Bila hal ni terjadi, aku akan merajuk. Sebab tulah, aku lebih suka kawan-kawan biasa sahaja. Tak nak rapat sangat. Sebab aku kuat jealous. Humm.. macam lesbian kan??? Tapi jangan salah anggap. Aku lurus okey. 


Aku pula lebih suka berkawan dengan lelaki daripada perempuan. Itu aku tak tahu kenapa. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan lelaki. Aku bukan tak ada bestfriend. Ada.. tapi, lelaki bukan perempuan.. best friend aku yang perempuan tak tahan lama.. setahun dua saja.. may be sebab aku very jealousy kot…may be sebab kawan-kawan lelaki aku pandai jaga hati aku… aku pun tak pasti kenapa….

Tuesday, 8 January 2013

Kenapa Puteri Siam



Okeylah, aku ni ada campuran Melayu di sebelah Mak dan Siam di sebelah ayah. Tapi of course lah aku melayu. Tapi yang sedihnya aku tak pandai cakap siam. Kenapa? Sebab ayah aku tak ajar. Mungkin sebab aku tak ada kawan-kawan yang nak dibawa berbual cakap siam. Tu yang tak jadi cakap siam tu. Masa sekolah dulu, bukan tak ada kawan-kawan bangsa siam, tapi diarang tak bercampur dengan bangsa melayu. Segan kot.


Tapi aku adalah dua tiga kerat kawan bangsa siam, tapi diarang pula sibuk duk cakap melayu. So, hilanglah terus peluang aku nak belajar bahasa siam. Tapi bila fikir balik. Aku nak belajar kat Youtube lah.. ader ke agak-agaknya???

Friday, 4 January 2013

Kenapa Nora Danish







Jangan risau... ini bukan diri aku. kalau macam ni lah muka aku... mesti semua orang pengsan... pengsan sebab terkejut ada orang perasan. Kenapa aku nak tepek gambor dia... sebab, i wish one day aku nak jadi hot macam ni... hahhahha.. perasan tahap dewa... nak buat macam mana tu...

tapi dia seriusly gorgeous,,, super duper comey... oklah sila perasankan diri korangpun comey macam dia....

Mood... perasan bagus



Tuesday, 1 January 2013

Salam Dunia Maya

Ini post pertama aku. Maaflah... baru nak belajar blogging. Selama ni jadi silent reader kat blog-blog orang. Terhibur baca blog budak-budak comel, adik-adik, abang-abang, mak-mak orang. Macam-macam cerita. Dah aku pun ikut teringin nak ada blog... tapi tak adalah sampai nak jadi glamor macam Hanis Zulaika ker, Abang Ben ke, Yuyu ker, Jejeri Runcing ker... aku nak jadi blogger yg biasa-biasa sahaja. Kenapa??? Bukan aku nak kejar glamor pun...aku malu orang kenal aku... sebab apa ???sebab aku ni budak gemuk.. selalu orang hina... tak apalah.. harap blog ni akan jadi tempat aku merepek, merapu dan meraban.. apa orang nak kata aku tak kisah... sebab yang rasa aku sorang.

Kenapa aku nak wujudkan blog ni...??? saja suka-suka. Boleh luahkan perasaan... kalau luah kat orang tak tentu orang simpan rahsia kita... oklah.. nanti aku citer lagi...

Sayonara....