Ikhlas.
Aku memang kasar. Perwatakan aku tak kasar, tapi aku memang kasar..
hahaha.. pelik bin ajaib. Macam mana nak cakap yer…??? Macam ni… 1st
impression orang tengok atau kenal aku, dia akan ingat aku ni lemah
lembut gitu.
Tu sebelum aku buka mulutlah.. Bila dah kenal, baru korang akan tahu
siapa aku. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Macam tu juga aku.
Dari
segi bahasa, aku memang kasar. Nak-nak dengan orang yang rapat dengan
aku. Mereka faham aku suka bergurau dengan menggunakan bahasa yang
kasar. Macam orang Melaka. Mereka bercakap macam lahabau tu macam biasa
jer… macam aku jugak…
menatang ni… ha.. gitu.. tapi, dengan orang yang rapatlah.. ngan orang
tak kenal, tak adalah buat mcm tu.. nanti orang kata kurang hajar pula.

Satu
lagi kelemahan aku adalah tak reti nak aplikasikan intonasi suara dalam
setiap ayat yang aku buat.. hahahha… ni yang sadis sikit ni, sebab,
nantikan orang cakap aku marah. Padahal aku tak marah pun. Cuma aku
salah guna intonasi suara.
Macam mana tu.. Hisk.. I need more friend lah rasanya,
Aku bukan tak ramai kawan, Cuma aku sensitive sikit bab kawan-kawan ni.. aku boleh berkawan dengan
ramai orang tapi aku tak boleh berkawan rapat.
Maksudnya macam ni. Aku tak boleh ada bestfriend. Kawan baik boleh..
sebab?? Aku akan jealous dan amat takut sekiranya bestfriend aku tu akan
tinggalkan aku atau berkawan dengan orang lain.
Contohnyakan, kawan aku tu keluar dengan kawan dia yang lain, then
ketepikan aku.. aku tak suka macam tu.. dia buat aktiviti lain,
sedangkan dia tak ajak aku sekali. Walaupun benda yang dia buat tu dalam
kumpulan yang ramai, tapi dia perlu ajak aku. Sebab
aku kan bestfriend dia.. Bila hal ni terjadi, aku akan merajuk. Sebab
tulah, aku lebih suka kawan-kawan biasa sahaja. Tak nak rapat sangat.
Sebab aku kuat jealous. Humm.. macam lesbian kan??? Tapi jangan salah
anggap. Aku lurus okey.
Aku
pula lebih suka berkawan dengan lelaki daripada perempuan. Itu aku tak
tahu kenapa. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan lelaki. Aku bukan tak
ada bestfriend. Ada.. tapi, lelaki bukan perempuan.. best friend aku
yang perempuan tak
tahan lama.. setahun dua saja.. may be sebab aku very jealousy kot…may
be sebab kawan-kawan lelaki aku pandai jaga hati aku… aku pun tak pasti
kenapa….
No comments:
Post a Comment