rasanya cukuplah entry pengenalan Puteri Siam(PS). tu pun dah berkurun barulah nak settle. ni dah berabuk sikit dah. itulah masalah terbesar PS, hangat-hangat taik ayam. macam mana nak jadi blogger berjaya kalau nak update blog pun malas. PS bukan apa, tak ada lah busy sangat, tapi malas. terfikir jugak, macam manalah diarang ni boleh ada idea yang super duper best hingga tarik orang ramai datang menyinggah ni. Apa lagi.... usaha tangga kejayaan la... PS pula.. malas.. no idea... then tak tahu buat apa
Monday, 28 January 2013
Friday, 25 January 2013
Kesukaan aku
warna... aku suka warna putih??kenapa puti???kata orang, orang pemalas macam aku tak sesuai suka warna putih... lah.. suka hati mak nenek aku lah nak suka kaler aper... aku suker kaler putih sebab senang nak match dengan apa-apa.. contoh, pakaian... kalo pakai seluar putih, baju dah boleh ikut sukar kaler aper... x gitu... sama jugak perabut.. bila putih, senang nak masuk dengan apa-apa perhiasan sekali pun
Makanan... aku suka makanan yang pedas-pedas. terutamanya tomyam... mak ai, kalo dapat yang sedap giler campur yang pedas berperisa.. cukup heaven .. tapi tulah... masak tak pandai.. nak harap makan kat kedai jer.. x semestinya kedai tu selalu sodap... nak0nak bila diarang dah tukar tukang masak...
Air .... aku suka semua air yang ada kaitan dengan teh.contoh teh o ais, teh o laici, teh bunga.... teh hijau... x tahu kenapa ... bila minum teh... rasa lapang jer jiwa.... sila jawab kalau korang tahu kenapa...
Novel... aku suka baca novel... tak kisah lah , lama ker baru ker... dan suka terjah mana-mana blog yang suka review pasal novel... kalo aku rasa best, terus beli.. dan bercita-cita nak nak tulis novel jugak.. tapi risau pula x ada orang yang nak beli novel aku....
Monday, 21 January 2013
Rama-Rama dan Pelita
kenapa rama-rama? sebab memang dah dalam template ni ada rama-rama... hahhaha.. just kidding ... tapi ada maknanya.. sure korang tertanya-tanya, aperlah minah ni duk bebel ni.. Puteri Siam masih mahu describe my self pada bakal-bakal pengunjung blog ni.. hahha.. bajet blog ni jadi hot macam Nora Danish ke??? tak ada lah.. sebab Puteri Siam takut lari tema sebenarnya....
tak.. hahhaha.. sebenarnya rama-rama tu lambang kebebesan.. wanna be free.. itulah harapannya... tapi free daripada apa tu??? dari banyak perkara. yang tu Puteri Siam tak nak share... cukuplah lambang kebebasan tu...
Pelita... mahu menerangi hidup orang lain. Dengan erti kata lain.. mahu orang lain senang dengan bantuan Puteri Siam walaupun effect of help x adalah kuat sgt...
Tuesday, 15 January 2013
Saya Memang Kasar
Ikhlas.
Aku memang kasar. Perwatakan aku tak kasar, tapi aku memang kasar..
hahaha.. pelik bin ajaib. Macam mana nak cakap yer…??? Macam ni… 1st
impression orang tengok atau kenal aku, dia akan ingat aku ni lemah
lembut gitu.
Tu sebelum aku buka mulutlah.. Bila dah kenal, baru korang akan tahu
siapa aku. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Macam tu juga aku.
Dari
segi bahasa, aku memang kasar. Nak-nak dengan orang yang rapat dengan
aku. Mereka faham aku suka bergurau dengan menggunakan bahasa yang
kasar. Macam orang Melaka. Mereka bercakap macam lahabau tu macam biasa
jer… macam aku jugak…
menatang ni… ha.. gitu.. tapi, dengan orang yang rapatlah.. ngan orang
tak kenal, tak adalah buat mcm tu.. nanti orang kata kurang hajar pula.

Satu
lagi kelemahan aku adalah tak reti nak aplikasikan intonasi suara dalam
setiap ayat yang aku buat.. hahahha… ni yang sadis sikit ni, sebab,
nantikan orang cakap aku marah. Padahal aku tak marah pun. Cuma aku
salah guna intonasi suara.
Macam mana tu.. Hisk.. I need more friend lah rasanya,
Aku bukan tak ramai kawan, Cuma aku sensitive sikit bab kawan-kawan ni.. aku boleh berkawan dengan
ramai orang tapi aku tak boleh berkawan rapat.
Maksudnya macam ni. Aku tak boleh ada bestfriend. Kawan baik boleh..
sebab?? Aku akan jealous dan amat takut sekiranya bestfriend aku tu akan
tinggalkan aku atau berkawan dengan orang lain.
Contohnyakan, kawan aku tu keluar dengan kawan dia yang lain, then
ketepikan aku.. aku tak suka macam tu.. dia buat aktiviti lain,
sedangkan dia tak ajak aku sekali. Walaupun benda yang dia buat tu dalam
kumpulan yang ramai, tapi dia perlu ajak aku. Sebab
aku kan bestfriend dia.. Bila hal ni terjadi, aku akan merajuk. Sebab
tulah, aku lebih suka kawan-kawan biasa sahaja. Tak nak rapat sangat.
Sebab aku kuat jealous. Humm.. macam lesbian kan??? Tapi jangan salah
anggap. Aku lurus okey.
Aku
pula lebih suka berkawan dengan lelaki daripada perempuan. Itu aku tak
tahu kenapa. Tapi aku lebih selesa berkawan dengan lelaki. Aku bukan tak
ada bestfriend. Ada.. tapi, lelaki bukan perempuan.. best friend aku
yang perempuan tak
tahan lama.. setahun dua saja.. may be sebab aku very jealousy kot…may
be sebab kawan-kawan lelaki aku pandai jaga hati aku… aku pun tak pasti
kenapa….
Tuesday, 8 January 2013
Kenapa Puteri Siam
Okeylah, aku ni ada campuran Melayu di sebelah Mak dan Siam di sebelah ayah. Tapi of course lah aku melayu. Tapi yang sedihnya aku tak pandai
cakap siam. Kenapa? Sebab ayah aku tak ajar. Mungkin sebab aku tak ada
kawan-kawan yang nak dibawa berbual cakap siam. Tu yang tak jadi cakap
siam tu. Masa sekolah dulu, bukan tak ada kawan-kawan
bangsa siam, tapi diarang tak bercampur dengan bangsa melayu. Segan
kot.
Tapi
aku adalah dua tiga kerat kawan bangsa siam, tapi diarang pula sibuk
duk cakap melayu. So, hilanglah terus peluang aku nak belajar bahasa
siam. Tapi bila fikir balik. Aku nak belajar kat Youtube lah.. ader ke
agak-agaknya???
Friday, 4 January 2013
Kenapa Nora Danish
Jangan risau... ini bukan diri aku. kalau macam ni lah muka aku... mesti semua orang pengsan... pengsan sebab terkejut ada orang perasan. Kenapa aku nak tepek gambor dia... sebab, i wish one day aku nak jadi hot macam ni... hahhahha.. perasan tahap dewa... nak buat macam mana tu...
tapi dia seriusly gorgeous,,, super duper comey... oklah sila perasankan diri korangpun comey macam dia....
Mood... perasan bagus
Tuesday, 1 January 2013
Salam Dunia Maya
Ini post pertama aku. Maaflah... baru nak belajar blogging. Selama ni jadi silent reader kat blog-blog orang. Terhibur baca blog budak-budak comel, adik-adik, abang-abang, mak-mak orang. Macam-macam cerita. Dah aku pun ikut teringin nak ada blog... tapi tak adalah sampai nak jadi glamor macam Hanis Zulaika ker, Abang Ben ke, Yuyu ker, Jejeri Runcing ker... aku nak jadi blogger yg biasa-biasa sahaja. Kenapa??? Bukan aku nak kejar glamor pun...aku malu orang kenal aku... sebab apa ???sebab aku ni budak gemuk.. selalu orang hina... tak apalah.. harap blog ni akan jadi tempat aku merepek, merapu dan meraban.. apa orang nak kata aku tak kisah... sebab yang rasa aku sorang.
Kenapa aku nak wujudkan blog ni...??? saja suka-suka. Boleh luahkan perasaan... kalau luah kat orang tak tentu orang simpan rahsia kita... oklah.. nanti aku citer lagi...
Sayonara....
Kenapa aku nak wujudkan blog ni...??? saja suka-suka. Boleh luahkan perasaan... kalau luah kat orang tak tentu orang simpan rahsia kita... oklah.. nanti aku citer lagi...
Sayonara....
Subscribe to:
Posts (Atom)