Friday, 8 March 2013

em.. semejak dua mejak ni, aku rajin benar membaca pasal isu Lahad Datu. Hishk, pening betullah. dalam nak faham semua benda tu, aku menjegahlah beberapa blog kaum tausug ni.. hemm... terasa pelik pula dengan pendirian mereka. kaum suluk yang datang dari kepuluan sulu, aku tak kisahlah macam mana pendirian ataupun pendapat mereka. tapi yang aku kesal mengenai warganegara Malaysia. yang mak bapak dia pun dilahirkan di bumi Malaysia. kenapa boleh memberi pendapat sebegitu.

aku bukan nak menunding jari pada sesiapa. siapalah aku nak pepandai cakap korang salah , aku betul.... tak, tak ada niatpun.. dan tak terlintas sedikitpun aku nak sekolahkan korang. macam mana nak cakap yer.. ginilah... seumpama segelas air kosong, dimasukkan 5 sudu garam ke dalam gelas tersebut. cuba rasa... masin kan??? then tambah lagi air. dan rasa lagi... ade lagi rasa air garam tukan... so, tambahlah sampai berpuluh-puluh kalipun. apa yang aku nak jelaskan di sini, memang, gelas itu masih lagi gelas yang sama. gelas yang mengandungi air garam tadi. maksudnya, acuan tetap acuan air garam. tapi, rasa garam tu makin hilang kan?? lama-lama, jadi air kosong biasa sahaja. tetapi, pada pandangan mata, gelas itu, tetap gelas yang dimasukkan garam tadi.

begitu juga bagi kaum-kaum di malaysia ni. memang, kita patut tahu, asal usul kita. tapi tak bermakna kita kena ikut apa yang orang lama buat. pada. tak semestinya yang dibuat semuanya betul. kita hidup ikut peredaran zaman. namun, bukan meninggalkan asal usul kita terus.

macam PS sendiri, aku ni ada darah campuran melayu dan siam. tak bermakna, aku kena ikut bagaimana kehidupan orang siam buat. kita dah bercampur. lagipun, kita memang digalakkan berbuat baik sesama manusia. budi orang perlu dikenang. jangan jadi kacang lupakan kulit. tapi, bukankah lupa asal usul pun macam kacang lupakan kulit??? salah tu, kita bukan lupakan asal usul kita. cuma kita perlu bersyukur atas apa yang ada sekarang. kenapa nak cari susah bila hidup dah senang.

macam PS sendiri, tak adalah PD nak ikut macam perjuangan tentera siam dulu. tapi, mereka tetap kita kenang sebagai sejarah. kata orang, sejarah yang membangkitkan kita dan menjadikan kita insan lebih baik. dalam Islam sendiri, kita semua keturunan Adam dan Hawa. dan sebelum kedatangan Islam, manusia hidup dalam kejahilan.  habis tu, kalau nak ikut akar umi, tak kan kita nak ikut jadi jahil juga. pepatah melayu mengatakan, yang Adat dikendong, Budaya Disanjung, Agama Dijunjung . Nama lagi Islamkan.. dah lah "orang-orang" luar sibuk nak panggil orang Islam ni pengganas, korang gi tunjuk wat ape.

mungkin korang ckp, PS cakap senanglah sebab PS x hidup dalam rumpun budaya sendiri. jangan cakap macam tu. kita sebagai manusia ni, nak seribu daya. tak nak seribu dalih. jangan beralasan tentang benda-benda yang macam ni. PS bangga jadi rakyat Malaysia. dan PS juga bangsa berketurunan siam. tu tak bermakna, PS nak siam tawan kampung halaman PS... no..no.. jgn cari pasal. aku karate baru tahu.

bukan PS suka akan pencerobohan di Lahat Datu tu. PS sedih apa. tengok, berapa orang isteri menjadi balu. dan berapa orang anak x sempat mengenal bapa. so, renung-renungkanlah. ni bukan masa kita nak tuding jari saiapa yang salah, siapa punya angkara dan sebagainya tu. apa kata kita tutp buku kejap. kita bersatu atas nama Islam dan Malaysia. memang PS tak ada kuasa veto nak seru kalian. lainlah PS jadi PM. tapi, kita kena membantu PM, PDRM dan ATM. bagi sokongan moral kepada mereka. hal-hal lain, kita tolak tepi dulu. kesianlah kat Malaysia kita ini. PS takut, akan ada orang yang ambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku. jangan salahkan pasukan keselamatan jika perairan kita bolos masa mula² orang Sulu datang. pasukan keselamatan kita bukannya radar 24 jam, boleh kesan tu semua. merekapun macam kita juga. manusia biasa. yang ada keluarga, yang tahu penat lelah bekerja. tengok mereka sekarang, sedang bertungkus lumus. nyawa mereka di hujung tanduk. tapi mereka rela. kalau korang di tempat mereka, korang sanggup tak???kalau tanya PS, tak tentu PS sanggup. mesti PS akan fikir banyak kali. 

jadi please... jgn lagi sebarkan fakta yang ntah apa-apa. tolonglah bersatu. kalau tak nak selama-lamanya pun, silalah bersatu untuk masa "perang kecil" ni. jagalah hati-hati keluarga perwira kita. 

salam  

Wednesday, 6 March 2013

Suami Idaman PS



sajer PS nak buat gimik.. hehehhe... oklah lets talk about my future husband. eh, jangan salah faham. bukan aku nak kawen pun.. cuma nak share lelaki idaman aku. sebenarnya, tak ada yang pelikpun. macam orang lain jugak. nak yang beriman, bertanggungjawab dan semestinya pengikut-Nya yang taat. barulah bimbing PS yang "giler-giler" ni ke jalan yang benar dan lurus. tak gitu. tu memang peranan  ketua keluarga kan... dan ... ada ciri-ciri sampingan. iaitu, PS x boleh tengok dengan guys yang main giter.. ya ampun. rasa nak duduk jer depan dia sambil tongkat dagu.. dan tak nak berkelip-kelip. lemah iman den tgk orang main giter...

Sunday, 3 March 2013

Perwira-perwira negara

aku rasa sangat sedih bila terkenangkan nasib perwira-perwira negara yang sedang berjuang sama ada di perbatasan negara mahupun di dalam negara. Sekarang ni di Sempona dan Lahad Datu... risau juga pada sahabat handai yang ada di Sabah. Moga selamat semuanya. Thanks pada wira-wira negara. Tanpa kalian yang sanggup berjuang walaupun dengan berat hati meninggalkan keluarga, namun jasa kalian tetap dikenang...

tak payahlah kita sbg org awam masukkan bab-bab politik buat masa ni... please... risau pada negara lebih penting ... chill up

sandwich akan sedap jika....

pict from google


aku ni nak kata pandai masak... memang tidaklah.. tapi kalo buat sandwich, memang akan ada yang puji... mereka kaa sedap... smlm, aku buat sandwich atas permintaan one of my friend untuk our picnic. tapi, yang harunya, dia mintak sandwich tu just taruk sardine dan bawang sahaja sebab ada kids. takut tak boleh makan. so, aku buatlah sandwich tu. tapi dalam hati, em.. mesti tak sedap... sebab aku memang tak pernah lagi buat sandwich tanpa taruk cili padi...

dah ternyata, hasilnya memang mendukacitakan. tapi, diarang makan okey jer... aku pula yang rasa x boleh makan... kenapa???sebab x ada langsung cili pada. walaupun x ada rasa hanyir sardine tu, tapi tetap x sedap.. nak kena ada juga aura si cili padi tu.. huhuh.. mood: sedih, sebab takut diarang ckp nak ambil hati aku jer...